China perkenal polis internet


China menempatkan dua pegawai polis ‘maya’ bagi meronda ruang internet untuk membanteras kegiatan pornografi online dan aktiviti haram lain, lapor media tempatan, di sini semalam.Pegawai polis maya itu adalah imej seorang lelaki dan seorang wanita yang muncul sama ada menaiki motosikal, berkereta atau berjalan kaki di bahagian bawah skrin pengguna komputer setiap 30 minit.

Dua anggota polis itu akan mengingatkan mereka mengenai peraturan keselamatan internet memantau pengguna laman web, kata akhbar China Daily.

Mereka akan memantau 13 portal berita utama dan semua halaman web serta forum online berpejabat di Beijing mulai Sabtu ini.

“Mereka akan memantau halaman web yang menunjukkan imej memberahikan, menggalakkan perkara tahyul, judi dan pemalsuan,” kata seorang pegawai Biro Keselamatan Awam Beijing yang dipetik akhbar terbabit.

Akhbar itu tidak menerangkan bagaimana dua pegawai polis itu memantau halaman terbabit atau menguatkuasakan undang-undang.

Tetapi, ia melaporkan, berkata pengguna boleh menekan ikon untuk disambungkan ke pusat pemantauan internet yang melaporkan semua aktiviti mereka.

China memantau ketat internet dan media serta mengganggu isyarat stesen televisyen termasuk Cable News Network (CNN) atau Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Malah, ia juga bertindak menggelapkan skrin televisyen sekiranya topik sensitif dibincangkan membabitkan isu Tibet, Taiwan atau kebebasan media.

Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 40 novel pornografi di internet disenarai hitam kerana didakwa boleh menjejaskan moral masyarakat, kata China Youth Daily.

“Usaha membasmi pornografi online adalah fokus utama,” kata akhbar terbabit yang memetik Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan. – Reuters

Source: Berita Harian Online

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: